top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

DS Tuan Ibrahim positif COVID-19

27 Disember 2021

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan telah disahkan positif COVID-19.


Berita duka itu turut dimaklumkan Tuan Ibrahim menerusi sebuah hantaran di laman Facebook rasmi miliknya pada petang Ahad.


Difahamkan selain Tuan Ibrahim, turut dijangkiti wabak itu adalah lima lagi ahli keluarganya.


Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif COVID-19.


Maklumnya lagi, mereka semua yang dijangkiti itu telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu malah seorang cucu baru sahaja dilahirkan semalam dan telah disahkan negatif namun ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh.


Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil menitipkan doa buat Tuan Ibrahim sekeluarga agar mereka diberi kesembuhan sepenuhnya dan kembali pulih seperti biasa.

bottom of page