top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

DSV duduk hotel RM50,000 semalam

4 Disember 2021

Sebaik sahaja selesai isu ‘putus cinta’ dengan pembantu peribadinya, Dato’ Seri Vida kini dilihat seringkali memuat naik posting yang menunjukkan dirinya sedang bahagia tanpa kehadiran mana-mana lelaki di sisi.


Malah perkara ini juga dilihat semakin menjadi-jadi semenjak Iqbal terbang ke Indonesia demi melupakan segala kisah pahitnya dengan usahawan kosmetik itu dan netizen yang sering mengecamnya.


Pun begitu, perkongsian terbaru DSV di TikTok baru-baru ini telah menarik perhatian netizen selepas dia dikatakan kini sedang bercuti di sebuah hotel yang bernilai RM50,000 semalam.

Kapsyen di video tersebut juga dalam nada berseloroh menulis,


Tak cukup dengan itu, DSV juga dilihat memuat naik video bersama staf hotel berkenaan sambil menari dan mengatakan dia tidak pun merasa sedih dengan apa yang berlaku.


Malah menurutnya lagi, lebih baik layan TikTok daripada mengenangkan hal ‘Habis Madu Sepah Dibuang’.


bottom of page