• newsatmy

Dua jaringan Jota bantu Liverpool jinakkan Southampton

28 NOVEMBER 2021

DIOGO Jota menjaringkan gol dua kali dalam separuh masa pertama ketika Liverpool merakamkan kemenangan 4-0 ke atas Southampton di Anfield semalam.


Penyerang Portugal itu menjaringkan gol pertama kurang dua minit sejak perlawanan bermula, menampan masuk hantaran Andy Robertson sebelum menggandakan jaringan 30 minit kemudian.


Thiago Alcantara menjadikan kedudukan 3-0 sekaligus membenarkan Reds memimpin permainan sebelum Virgil van Dijk melengkapkan kemenangan dalam separuh masa kedua.


Kemenangan tersebut menyaksikan Liverpool memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Chelsea, yang ketinggalan satu mata di belakang Blues.