top of page
  • newsatmy

Dua lelaki cuba selamatkan kanak-kanak, mati lemas

29 Mac 2021

BACHOK: Dua lelaki ditemukan mati akibat lemas selepas cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dibawa ombak ketika sedang mandi di Pantai Kandis, di sini, semalam.


Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmud, mangsa pertama ditemukan pada pukul 7.19 malam, sementara mangsa kedua ditemukan pada pukul 2.50 pagi.


Katanya, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd SahudinMat Shaah, 46, dan Junairohafizan Johari, 35.


Beliau memaklumkan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab untuk bedah siasat.


"Berdasarkan maklumat awal, mangsa datang secara dalam kumpulan untuk beriadah sebelum salah seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas, lalu kedua-dua mangsa cuba menyelamatkan kanak-kanak itu," katanya di sini, semalam.


Mengulas lanjut, Yus Heary memberitahu, kanak-kanak itu yang pada awalnya dikhuatiri lemas ditemui selamat, kira-kira 300 meter dari daratan.


Ujarnya, kanak-kanak itu ditemui nelayan yang bersama-sama membantu operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.


"Kanak-kanak itu ditemukan selamat kira-kira pukul 10 malam tadi sebelum dibawa je Jeti Tok Bali, Pasir Puteh dihantar ke Hospital Pasir Pasir Puteh untuk rawatan susulan.


Sementara itu, bapa saudara kanak-kanak itu berkata, anak saudaranya mengikut jiranya untuk berkelah.


- Astro Awani



bottom of page