top of page
  • admin

“Dulu mereka kata tidak mahu pelantikan politik tetapi sekarang sudah mahu pula"-MP PN


KUALA LUMPUR 16 Mac:Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyindir Pakatan Harfapan-Barisan Nasional (PH-BN) dengan mendakwa PH yang sebelum ini menentang rasuah tetapi, kini sudah berjinak-jinak dengan jenayah itu.


Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat, Shahidan juga membangkitkan persoalan mengenai pelantikan beberapa pemimpin politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Pada 14 December 2022, Jemaah Menteri kerajaan PH-BN memutuskan bahawa pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan mereka.

“Pada 10 March 2023, bekas Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi dilantik sebagai Pengerusi Mara yang baharu. Asyraf Wajdi kawan baik saya, saya memang menyokong pelantikannya.


“Tetapi masalahnya PH kena isytiharkan kepentingan mereka bahawa pelantikan politik sekarang ini boleh buat pula.


“Dulu mereka kata tidak mahu pelantikan politik tetapi sekarang sudah mahu pula. Jadi saya minta diubah. Berubahlah. Kami terimalah sebab kerajaan selalu berubah-ubah diri mereka. Dulu menentang rasuah, sekarang nampak macam berjinak-jinak pula,” katanya.


Shahidan berkata, kerajaan yang diterajui PH perlu mengubah pendirian dan akui pelantikan politik boleh dibuat dalam kalangan pemimpinnya.


“Saya cuma minta kerajaan PH yang disokong oleh BN dan juga UMNO ini supaya ubah pendirian mereka bahawa pelantikan politik boleh dibuat dan lantik dalam kalangan Backbenchers ini yang tiada jawatan seperti Rara (Ahli Parlimen Bentong) semua ini lantiklah sebagai pengerusi,” jelasnya.

bottom of page