top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Dulu ‘Waiter’,kini Remy Ishak Dalam Dunia Seni

12 Disember 2021

Jumaat lepas berlangsungnya Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Dalam acara tersebut, filem arahan Emir Ezwan berjudul Roh diangkat sebagai Filem Terbaik.


Roh yang dibintangi oleh pelakon hebat Namron, Farah Ahmad, June Lojong itu sekali gus menewaskan saingan terdekatnya iaitu Sangkar, Fly By Night dan Ejen Ali The Movie.


Filem Sangkar turut membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik iaitu Zul Arifin, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Remy Ishak dan Tatarias Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Kemenangan kedua-dua pelakon lelaki hebat tersebut mendapat perhatian warganet dan golongan selebriti di media sosial.



Kejayaan tersebut turut dikongsi oleh pengacara, pelakon, penyanyi, pengarah dan bekas penyampai radio di Malaysia, Datuk Aznil Hj Nawawi menerusi laman Instagram miliknya. Kongsi Pak Nil, pada awalnya Remy Ishak yang merupakan ‘waiter’ di Mandarin Oriental datang kepadanya untuk memberitahu niatnya untuk menjadi pelakon.


Tambah Pak Nil lagi, dia tidak akan berhenti bercerita mengenai azam Remy Ishak kepada umum untuk dijadikan contoh kepada semua dalam memburu impian.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata bersetuju dan mengucapkan tahniah kepada Remy Ishak atas trofi yang dianugerahkan.

bottom of page