top of page
  • newsatmy

Dynas Mokhtar promosi kunyit hitam?

18 NOVEMBER 2021

PETALING JAYA: Pelakon, Dynas Mokhtar melihat potensi produk Black G yang diasaskan daripada kunyit hitam dan tertarik untuk berkolaborasi dan rakan niaga untuk pelaburan masa hadapan.


Dynas Mokhtar yang turut bertindak selaku rakan kongsi perniagaa berkongsi, Black G ditubuhkan pada tahun 2016 di bawah syarikat Black G Sdn Bhd.


Menurut Dynas, pembabitannya bagi membolehkan dia dan rakan perniagannya, Mohamad Mughniy Mohamad, 33, selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan berkongsi idea dari segi pemasaran dan penjualan.


“Saya sendiri mencuba produk ini sebelum mengambil keputusan menjadi rakan niaga. Malah, saya turut berkongsi kebaikan kepada rakan yang mempunyai masalah kesihatan dan Alhamdulilah…mereka bertambah sihat.


“Produk kami dirumuskan melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional yang diperakui untuk memastikan keselamatannya dari formulasi hingga tahap dos.


“Dari segi kerjasama dengan syarikat Black G Sdn Bhd pula, idea tercetus kerana saya dan Mughniy atau Mune pernah bekerjasama pada 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara kami mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula.


“Bukan sekadar mewakili jenama produk, tetapi saya sebagai rakan kongsi atau rakan perniagaan sekaligus kami dapat berkongsi idea dalam memberikan cadangan untuk pemasaran dan penjualan,” katanya.


Dynas ditemui pada majlis Pengumuman Kerjasama Black G Nutrima dan Dynas Mokhtar dengan Shopee, di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Tiga produk terlaris yang dipasarkan di bawah Black G Sdn Bhd iaitu Black G Capsule, Black G Plus Liquid dan Black G Coffee Original bakal dijual di laman membeli belah dalam talian terkemuka, Shopee bermula 21 November ini.

bottom of page