top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Edmund Santhara dilantik Ketua Sayap Bumiputera

30 September 2021

Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU sebulat suara bersetuju untuk melantik Ahli Parlimen Segamat, YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar sebagai Ketua Sayap Bersekutu Bersatu yang pertama.


Bersatu percaya bahawa pelantikan YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar mampu menarik lebih banyak penyertaan ahli-ahli bersekutu dan seterusnya meningkatkan sokongan rakyat kepada semua lapisan masyarakat kepada BERSATU.


Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata keputusan tersebut diambil secara sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Tertinggi yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin semalam.


Beliau turut berkata persidangan agung tahunan parti itu akan diadakan pada 18 dan 19 Disember.


“Persidangan-persidangan tersebut akan dilakukan secara fizikal, maya atau ‘hybrid’ bergantung kepada kelulusan serta SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya.


Langkah ini dilihat bagi merialisasikan pindaan perlembagaan BERSATU ke arah kewujudan sayap bagi bukan bumiputera. Kewujudan sayap BERSEKUTU BERSATU dilihat sebagai pengukuhan #MalaysiaPrihatin di mana menterjemahkan semangat roh #KeluargaMalaysia dimana sebuah negara yang dibina dengan sumbangan penuh keperbagaian dengan terasnya bumiputera dengan mengiktiraf dan memperakui sumbangan semua warganya.


bottom of page