top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Eina Azman dan suami positif COVID-19 di hari ulang tahun perkahwinan

1 September 2021

PELAKON Datin Paduka Eina Azman serta suami dan dua orang pembantu rumah telah disahkan positif COVID-19.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman Instagram pelakon berkenaan pada Selasa.


Sebelum ini, Eina sekeluarga sering melakukan ujian saringan COVID-19. Malah dia sendiri yang baru keluar dari hospital turut sudah melakukan swab test.


Namun takdir mengatasi segalanya. Mereka tetap dijangkiti. Namun begitu, Eina sedikit lega apabila anak-anak dan kakaknya disahkan negatif.


Lebih menyedihkan lagi, Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser disahkan positif COVID-19 hari ulang tahun perkahwinan mereka.


Menurut Eina, ketika ini dia dan suami mengalami demam tinggi dan bacaan oksigen juga masih turun naik.


“Sekarang saya dah mula demam panas dan mula. Cuma keadaan suami saya kurang baik kerana demam terlalu panas dan paras oksiden dia turun naik,” tulisnya.


“Saya minta tolong semua doakan kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa.


"Kepada sesiapa yang kontak rapat dengan kami, kalau rasa tidak sihat, tolong pergi lakukan ujian saringan ya. Jika sesiapa yang ada pengalaman dengan COVID-19, tolong kongsikan kalau ada apa-apa petua yang boleh kami amalkan,” tambahnya.



Artikel asal disiarkan di Keluarga.

bottom of page