• cik skod

"Emak saya sedang kritikal" - Remy Ishak

26 Ogos

PELAKON Remy Ishak memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris kini sedang kritikal di Hospital Besar Melaka.


Menerusi ciapan di Twitter pada Khamis, Remy memberitahu ibunya itu masih dirawat dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan ibunya.


"Emak saya sedang kritikal di Hospital besar Melaka. Mohon jasa baik semua mendoakan untuk emak saya Basrah Md Deris," ciapnya. Perkongsian Remy itu mendapat perhatian warganet dan peminat setianya yang turut sama mendoakan agar diberikan kesembuhan.

"Semoga dipermudahkan semuanya, semoga kembali sembuh," tulis Redza Minhat.


"Allahu, semoga dikurniakan kesembuhan untuk ibu Remy dan kesabaran untuk Remy sekeluarga," tambah pengguna lain.

"Semoga diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa bersama keluarga tersayang," tulis pengguna lain lagi.


Sekitar 2018, hasrat pelakon filem Sanggar itu untuk membawa ibunya bercuti ke luar negara terpaksa dilupakan apabila ibunya dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung bengkak.

Artikel asal disiarkan di Gempak.