• cik skod

Empat hari tayangan Air Force The Movie dah kutip RM8 juta!

30 Ogos

FILEM Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya merekodkan kutipan RM8 juta dalam tempoh empat hari tayangan.


Lebih manis lagi, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See ini juga bakal ditayangkan di Korea, Jepun serta Taiwan.


Menurut wakil pihak penerbit filem, kejayaan menembusi pasaran antarabangsa ini boleh dibanggakan kerana secara tidak langsung ia dapat mempertontonkan kepada dunia luar tentang kualiti filem negara.


Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.


Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.


Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.


Jadi kepada yang belum menonton, dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan pertempuran hebat Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam sekarang. -- Gempak