• newsatmy

Enam tahun bercinta, Blake Shelton dan Gwen Stefani akhirnya ke gerbang perkahwinan

7 Julai 2021

Pasangan penyanyi popular, Gwen Stefani dan Blake Shelton selamat mendirikan rumah tangga selepas hampir enam tahun menyulam cinta.


Mereka berdua telah disatukan dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana di sebuah rumah ladang milik Shelton yang terletak di Oklahoma, Amerika Syarikat pada Sabtu.


Bagi melangsungkan majlis tersebut, Shelton turut membina sebuah gereja khas di kawasan perkarangan kediaman mewah miliknya itu.


Menurut laporan media tempatan, majlis itu diadakan secara tertutup dan sederhana itu hanya dihadiri keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak pengantin sahaja.


Pada masa sama, media turut dimaklumkan bahawa tetamu yang hadir bagi meraikan pasangan tersebut memakai pakaian serba putih, termasuklah warna dekorasi yang dipilih pengantin.


Perkahwinannya bersama Stefani merupakan perkahwinan ketiga bagi pelantun lagu Home itu.


Manakala Stefani sebelum ini pernah berkahwin dengan pemuzik, Gavin Rossdale pada 2002 namun bercerai empat tahun kemudian.


Shelton dan Stefani mula sebagai pasangan kekasih sejak 2015 sewaktu mereka terlibat dalam program realiti popular Amerika Syarikat, The Voice.


Kemudian pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Oktober 2020.