• newsatmy

EPL: Aksi Manchester United dan Liverpool ditangguh susulan protes di Old Trafford

3 Mei 2021

AKSI Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester United dan Liverpool pada Ahad terpaksa ditangguhkan.


Ini susulan insiden penyokong kelab The Red Devils memecah masuk ke stadium Old Trafford.


Tindakan penyokong ini dipercayai ada kaitan dengan bantahan terhadap pemilik kelab, iaitu keluarga Glazer.


"Setelah perbincangan antara polis, Liga Perdana, Majlis Trafford dan kelab, perlawanan kami menentang Liverpool ditunda kerana pertimbangan keselamatan susulan tunjuk perasaan yang diadakan hari ini.


"Perbincangan akan dilakukan dengan Liga Perdana bagi menentukan satu tarikh lain untuk perlawanan tersebut," kata United dalam satu kenyataan selepas perlawanan dibatalkan.


Menurut pihak berkuasa, 200 penyokong menyerbu masuk ke dalam stadium sementara ratusan lagi mengadakan bantahan di luar stadium.


Dua pegawai polis antara yang cedera akibat protes ini.


Ini adalah kali pertama aksi EPL ditangguhkan gara-gara protes penyokong.


Protes ini menyusul keputusan United, bersama lima kelab EPL lain, menyertai Liga Super Eropah bulan lalu.


Semua kelab itu bagaimanapun kemudiannya menarik diri.


-Astro Awani