top of page
  • cik skod

Erra Fazira Tak Nak Terus Single

12 Sept

Hampir 8 tahun bergelar ibu tunggal kepada cahaya matanya Engku Aleesya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira memberi bayangan masih ingin hidup berpasangan.


Memetik Harian Metro, bagaimanapun selebriti berusia 48 tahun itu menyerahkan soal jodohnya pada ketentuan Allah dan menerima jika sudah ditakdirkan single.

\

“Saya tak nak single. Kenapa nak ‘single’ bila boleh berdua? Namun, jika Allah dah kata macam itu terima sajalah. Kalau ada peluang berdua kenapa tidak?” katanya.


Bagaimanapun, apabila ditanya pada Aleesya adakah dia bersetuju jika ibunya kembali hidup berdua, gadis berusia 13 tahun itu menjawab tidak.

Dalam pada itu, Erra turut berkongsikan ada menerima jemputan ke majlis perkahwinan rakannya, Shahir Zawawi namun tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan kerja.


“Alhamdulillah, dia dah selamat diijabkabulkan dan menjadi suami orang. Semoga berkekalan hingga ke jannah. Minta maaf saya tak dapat hadir. Ada jemputan, tapi saya tak dapat hadir sebab ada urusan kerja,” katanya.

bottom of page