top of page
  • newsatmy

ESL: Pengerusi Manchester United mohon maaf

22 April 2021

MANCHESTER: Pengerusi bersama Manchester United Joel Glazer memohon maaf atas kekacauan yang timbul susulan daripada cadangan penganjuran Liga Super Eropah (ESL).

Permohonan maaf Glazer menyusul selepas pemilik Liverpool, John W Henry buat kenyataan sama kepada penyokongnya. Dalam surat terbukanya, Glazer akui gagal menunjukkan semangat kesukanan terhadap sukan yang sudah lama diwarisi. Katanya, kelab berkenaan bertanggungjawab untuk kekal menyokong tradisi dan nilai sukan berkenaan.

United, Liverpool dan empat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) lain menarik diri daripada ESL. Ia selepas tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk penyokong mereka sendiri. -Astro Awani

bottom of page