• Arissa Azman

Euro 2020: Ali Daei ucap tahniah kepada Cristiano Ronaldo

24 Jun 2021

LEGENDA Iran, Ali Daei, mengucapkan tahniah kepada kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, selepas menyamai rekod jaringan terbanyak peringkat antarabangsa miliknya yang sebelum ini tidak terusik sejak sekian lama.


Ronaldo menjaringkan dua gol sepakan penalti untuk kini secara keseluruhan menghimpunkan 109 gol buat Portugal ketika mengikat Perancis 2-2 untuk layak ke pusingan kalah mati Euro 2020 awal pagi tadi.


Pemain berusia 36 tahun itu kini hanya memerlukan satu gol lagi untuk mengatasi rekod Ali Daei, yang terlebih dahulu mencapai jumlah sama dari 1993 hingga 2006.


Daei segera memberikan responsnya terhadap kejayaan itu dan yakin namanya akan dipadamkan dalam buku rekod dunia tidak lama lagi.