• newsatmy

Euro 2020: Itali laung amaran awal buat pencabar

12 Jun 2021

TURKI 0 ITALI 3


Itali berjaya kembali ke kejohanan bola sepak utama ketika mereka membuka Euro 2020 dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Turki di Stadio Olimpico di Roma awal pagi tadi.


The Azzurri gagal layak ke Piala Dunia 2018 tetapi telah bangkit semula di bawah kendalian Roberto Mancini, yang kelihatan telah mengubah mereka kepada jentera yang cukup cemerlang ketika berhadapan salah sebuah pasukan berstatus kuda hitam.


Skuad kendalian Mancini membuka jaringan pada permulaan separuh masa kedua menerusi jaringan sendiri pertahanan Turki, Merih Demiral dan, kekurangan ancaman daripada Turki menyaksikan dua lagi jaringan menyusul menerusi Ciro Immobile dan Lorenzo Insigne.

Turki bergantung kepada serangan balas dalam saignan kelayakan, menurut model Stats Perform's Playing Styles, dan perancangan mereka menyaksikan perlawanan agak sengit dalam separuh masa pertama.


Namun Itali mula menguji pertahanan Itali menerusi Insigne selepas melakukan gerakan satu-dua dengan Immobile, Giorgio Chiellini memaksa Ugurcan Cakir berkerja keras menafikan tandukkannya.


Turki tidak mengubah dalam percangannya dan Itali berjaya menemui gawang pada minit ke-53 selepas gerakan Domenico Berardi Demiral untuk menyumbat gol sendiri.


Cakir tidak dapat menahan dengan baik percubaan Spinazzola dan Immobile bingkas menampan masuk bola menjadikan kedudukan 2-0 selepas perlawanan melewati minit ke-60.


Dan Insigne melengkapkan kemenangan 11 minit sebelum tamat, bijak membaca hantaran Immobile sekaligus menyaksikan Azzurri meledak tiga kali dalam satu perlawanan buat pertama kali dalam sejarah saingan akhir Kejuaraan Eropah.