top of page
  • newsatmy

Euro 2020: Kane pimpin England ke separuh akhir dengan penuh bergaya

4 Julai 2021

Harry Kane meledak dua gol ketika England menang mudah 4-0 ke atas Ukraine di Stadio Olimpico awal pagi tadi untuk bertemu Denmark dalam separuh akhir di laman sendiri.


England berada dalam rentak cemerlang selepas mengatasi Jerman dalam Pusingan 16 dan, dalam perlawanan pertama di luar Wembley, mereka mendahului dalam tempoh empat minit apabila Raheem Sterling bijak melakukan lorongan buat Kane.


Ia merupakan terawal England dalam Kejuaraan Eropah sejak Michael Owen menjaringkan gol ketika bertemu Portugal pada 2004 dan Three Lions menambah dua lagi gol dalam tempoh lima minit pertama sejak separuh masa kedua bermula menerusi Harry Maguire dan Kane.


Jordan Henderson melengkapkan kemenangan dengan jaringan pertamanya di pentas antarabangsa sekaligus menyaksikan skuad kendalian Gareth Southgate tidak dibolosi dalam lima perlawanan berturut-turut sejak permulaan kejohanan, sesuatu haya Itali berjaya lakukan dalam Piala Dunia dan Euro.




bottom of page