top of page
  • newsatmy

Euro 2020: Lukaku pastikan Belgium rajai Kumpulan B

22 Jun 2021

FINLAND 0 BELGIUM 2


Belgium merajai Kumpulan B, Euro 2020 selepas Romelu Lukaku memastikan kemenangan 2-0 ke atas Finland -- yang berpeluang tipis untuk layak ke pusingan 16 selaku pasukan di tangga ketiga terbaik -- awal pagi tadi.


Penjaga gol Finland, Lukas Hradecky, merupakan pemain terbaik dalam perlawanan di Saint Petersburg itu sebelum dia terjaringkan gol sendiri pada minit ke-74, di mana Lukaku kemudian mempamerkan penyudah bermutunya untuk menjaringkan gol ketiganya dalam edisi kali ini berselang tujuh minit.


The Red Devils mempamerkan satu lagi aksi meyakinkan bagi menepati jangkaan sebagai salah sebuah pasukan pilihan untuk bergelar juara edisi kali ini apabila melangkah ke pusingan kalah mati dengan tujuh gol daripada tiga kemenangan di peringkat kumpulan.


Finland kendalian Markku Kanerva pula lebih menggemari pendekatan bertahan dan jarang memberikan ancaman, di mana mereka hanya merekodkan satu percubaan tepat sepanjang perlawanan itu.


bottom of page