top of page
  • Writer's pictureNihaba

FAM perlu cari penaja,jangan harap dana kerajaan

27 Oktober-PETALING JAYA

Tugas berat menanti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadi tuan rumah Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 boleh direalisasikan sekiranya badan induk tidak mendapat sokongan kerajaan dan terpaksa mencari pihak penaja.


Justeru, Mohd Sadek berkata, FAM harus berusaha mulai sekarang bagi mendapatkan penaja dalam usaha memastikan aksi kelayakan itu dapat dianjurkan di negara ini kelak.


“Aksi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 masih boleh dianjurkan di Malaysia, namun ia perlulah dilengkapi dengan kehadiran penaja-penaja yang ingin bersama dengan FAM untuk menganjurkannya.


“FAM dan pihak penaja boleh bekerjsama menerusi perkongsian pintar . Daripada perkongsian itu, pihak swasta mungkin boleh buat keuntungan besar dalam era pandemik ini.


“Soalnya bagaimana untuk FAM melakukan approach terhadap penaja-penaja berkenaan dan meyakinkan mereka terutamanya mengenai kelebihan dan kebaikan yang bakal diterima dan dinikmati nanti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.


Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar mengesahkan badan induk itu bersedia merebut salah satu daripada enam venue berpusat yang akan ditawarkan kepada semua 24 pasukan dalam saingan itu nanti.


Walaubagaimanapun FAM terpaksa bersaing dengan enam lagi venue bagi tujuan mendapatkan hak penganjuran berkenaan, namun sekiranya berjaya, ia dilihat memberikan kelebihan buat skuad Harimau Malaya apabila dapat beraksi di hadapan penyokong sendiri.


Sebelum itu,Menteri Belia dan Sukan,Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga telah memaklumkan bahawa buat masa ini kerajaan memberikan keutamaan kepada usaha pemulihan ekonomi negara pasca pandemik Covid-19.


Ini bermakna FAM sememangnya tidak boleh mengharapkan dana daripada kerajaan sepenuhnya berhubung penganjuran sukan ini, tetapi sebaliknya perlu berdikari.






bottom of page