• newsatmy

Fazura terima potret keluarga kurniaan Sultan Selangor, Tengku Permasuri

22 Sept

PELAKON dan usahawan popular, Fazura melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah potret dirinya sekeluarga daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman pada Rabu.


Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, menyifatkan kurnian hadiah tersebut sebagai sebuah kenangan yang bermakna dan akan diabadikan dalam hidupnya.


“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik. “Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini. Kenangan ini amat bernilai buat patik sekelurga dan akan diabadikan selamanya,” tulisnya pada kapsyen.

Kehadiran Fazura ke Istana Sultan Selangor turut ditemani suaminya, aktor Fattah Amin, 32, dan anak perempuanya, Nur Fatima Aisya, 2.


Artikel asal disiarkan di Gempak.