top of page
  • zaman

Fenomena air pasang di Kedah


ALOR SETAR, 12 Okt- Air pasang besar melanda Kuala Kedah buat hari kedua awal pagi tadi.


Kejadian itu menyebabkan air laut naik sehingga mencecah setinggi 2.93 meter iaitu melebih paras semalam.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail memberitahu, situasi menyebabkan beberapa rumah di sepanjang Jalan Tok Pasai dinaiki air.


Turut berlalu kenaikan air, kawasan Pasar Kota Nelayan, Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah, Pasar Kota Marina dan Taman Seri Putra, bermula pukul 1.40 pagi hingga 2.45 pagi tadi.


Semalam bacaan paras air laut dicatatkan 2.92 meter dengan melepasi ramalan 2.90 meter.


Justeru, APM telah menempatkan pegawai dan anggota di kawasan berisiko untuk melakukan pemantauan.

bottom of page