top of page
  • admin

Festival Layang-Layang Sedunia potensi lonjak ekonomi setempat


JOHOR BAHRU, 26 Feb- Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang( FLLSPG) di Johor berpotensi melonjakkan kemakmuran ekonomi setempat di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata acara pelancongan tersebut akan terus diperkasa sebagai salah satu tarikan pelancongan ke negeri itu dengan menarik lebih 300,000 pengunjung dan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.


Sementara itu menurut Presiden Pelayang Malaysia, Datuk A.Rahim Nin, festival kali ke-25 ini disertai 700 peserta kebangsaan dan 109 pelayang antarabangsa memberi limpahan ekonomi kepada 350 penguasa IMS dengan nilai jualan RM23,000. "Sebagai tarikan kepada pelancong tempatan dan pelancong antarabangsa dan dalam masa sama limpahan daripada festival ini sebenarnya memberi peluang kepada lebih 350 pengusaha2 kecil buka gerai dan mereka dapat menjual barang2 mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian FLLSPG oleh Menteri Besar Johor di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang. Empat negara baharu turut serta buat pertama kali iaitu Republik Czech, Isle of Man, Nothern Ireland dan Tahiti.

bottom of page