• newsatmy

Filem percuma untuk pelanggan Astro mulai 11 Februari

Astro Awani

Februari 10, 2021 09:15 MYT



Astro berbesar hati melanjutkan preview percuma saluran filem terpilih di TV dan Astro Go untuk semua pelanggan bermula 11 hingga 21 Februari.


KUALA LUMPUR: Ini berita baik buat semua pelanggan Astro!


Sebagai menghargai kemenangan Astro baru-baru ini di Putra Brand Awards 2020, Astro berbesar hati melanjutkan preview percuma saluran filem terpilih di TV dan Astro Go untuk semua pelanggan bermula 11 hingga 21 Februari.


Pelanggan Astro akan dapat menikmati hiburan tanpa henti dari filem blockbuster terbesar di HBO (CH411 HD / CH431), FOX Movies (CH413 HD / CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), CINEMAX ( CH412 HD / CH432) dan Filem tvN HD (CH416).

Ini termasuk blockbuster Hollywood yang popular seperti "Birds of Prey and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn", "Spider-Man: Far From Home" di HBO, "Bad Boys for Life" dan "Little Women" di Fox Movies.


Kanak-kanak boleh menonton animasi popular "Despicable Me 2" dan filem aksi-komedi "Sonic The Hedgehog" di saluran HBO.


Peminat filem Korea pula akan dapat melihat bintang-bintang sensasi di tvN Movies termasuk "Train to Busan" sequel "Peninsula", "Okay! Madam" dan "Tazza: The High Rollers and Love + Sling".


Digelar sebagai People’s Choice Award, Putra Brand Awards mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan dan diukur berdasarkan pilihan pengguna.


Di samping itu, pelanggan Astro juga dapat menikmati tontonan percuma dari semua saluran Pek Kanak-kanak dan Berita (kecuali SKY News) hingga 18 Februari dan HITS Movies HD (CH401) yang memaparkan blockbuster dari tahun 60-an hingga 90-an seperti "Jaws 3-D", "Edward Scissorhands" dan "Back to the Future" di TV dan Astro GO hingga 21 Februari 2021.