top of page
  • newsatmy

Gadis cantik sedia tanam impian jadi pelumba F1

29 Oktober

LONDON: Jamie Chadwick percaya impiannya untuk berlumba dalam Formula Satu (F1) semakin hampir selepas merangkul Kejuaraan Siri W buat kali kedua berturut-turut.

Pelumba kelahiran Bath, United Kingdom itu menjuarai kejohanan yang dianjurkan khusus buat wanita apabila memenangi empat daripada lapan perlumbaan musim ini.


Chadwick, 23, berharap dengan pencapaiannya di kejohanan tersebut mampu menjadi batu loncatan untuknya beraksi di F1 pada masa hadapan.

“Itulah matlamat utama saya. Masih banyak kejayaan yang saya perlu perolehi sebelum saya dapat menjejakkan kaki ke F1.

“Selepas berjaya mendominasi Siri W buat musim kedua berturut-turut, saya rasa harapan tersebut semakin cerah.

“Sejujurnya, mungkin ini adalah musim terakhir saya bersaing di Kejuaraan Siri W kerana mahu mencuba nasib dalam perlumbaan yang lain.


Chadwick yang sudahpun menandatangani kontrak bersama Williams sebagai pelumba skuad pembangunan pasukan F1 sejak 2019 berkata, dia berharap diberi peluang untuk diserap ke pasukan utama musim depan. AGENSI


bottom of page