• newsatmy

Gamer Malaysia menang RM21.7 juta

19Oktober

Nama Malaysia sekali lagi harum di pentas dunia apabila ‘gamer’ negara, Cheng Jin Xiang berkongsi hadiah AS$5.2 juta (RM21.7 juta) selepas muncul naib juara kejohanan e-sukan berprestij di Romania hari ini.

Lebih dikenali dengan julukan, NothingToSay, Jin Xiang, 20, mewakili pasukannya yang berpangkalan di China, PSG.LGD menduduki tempat kedua pada kejohanan The International 2021 Dota 2.


Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang AS$5.2 juta dan hadiah kemenangan bakal dikongsi bersama lima pemain.

The International 2021 Dota 2 adalah kejohanan e-sukan yang menawarkan hadiah tertinggi dalam sejarah dengan AS$40 juta (RM166 juta).

Jumlah wang kemenangan itu setanding dengan kejohanan tenis Grand Slam, Wimbledon dan 10 kali lebih banyak daripada jelajah berbasikal, Tour de France.

Selain itu, dua lagi rakyat Malaysia Thiay Jun Wen dan Chan Chon Kien mewakili kelab yang berpangkalan di China, Invictus Gaming menduduki tempat keempat, sekali gus memenangi AS$2.4 juta (RM10 juta).


Seorang lagi peserta dari Malaysia, Ng Kee Chyuan adalah anggota pasukan Fnatic yang berpangkalan di United Kingdom terikat di kedudukan kesembilan hingga 12, sekali gus memenangi AS$800,400 (RM3.3 juta).-UM