top of page
  • cik skod

Gantung kain rentang tidak puas hati berhubung PRU15


JOHOR BAHRU,11 OKT: Polis Johor sedang mengesan individu yang menggantung kain rentang memaparkan kata-kata meluahkan perasaan tidak puas hati dipercayai melibatkan sebuah parti politik, serta berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekitar daerah Kota Tinggi pada Isnin (10 Okt).


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya mengesan kain rentang seumpama itu digantung di enam tempat awam.


Menurutnya, perbuatan itu merupakan satu kesalahan kerana mereka yang berhasrat menggantung kain rentang dan sebagainya di kawasan berkenaan, perlu membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran daripada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) terlebih dahulu.


Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


“Tindakan menurunkan kain rentang itu sudah diambil oleh pihak MDKT, bagaimanapun individu yang menggantung kain rentang itu belum dapat dikesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (11 Okt).

bottom of page