top of page
  • cik skod

Golongan remaja Jepun kurang mengambil alkohol

20 Ogos

Penurunan ketara golongan remaja di Jepun yang mengambil meminuman beralkohol berbanding dengan golongan dewasa. Walau dilihat sebagai sesuatu yang positif dari aspek kesihatan, tetapi tidak buat kerajaan Jepun.


Dari segi ekonomi,kerajaan Jepun mengalami kerugian selepas golongan muda kurang mengambil minuman beralkohol. Selain itu , pandemik cov 19 juga mengakibatkan kelab malam dan premis yang menjual alkohol terkesan dari segi penjualan dan pendapatan kerajaan merosot pada kutipan cukai.


Kempen ‘Sake Viva!’ yang dianjurkan oleh Agensi Cukai Negara Jepun menjemput orang ramai untuk mengemukakan idea tentang cara untuk menggalakkan golongan muda agar terus membeli alkohol.


Pasaran minuman beralkohol domestik semakin mengecil disebabkan perubahan demografi seperti penurunan kadar kelahiran dan penduduk Jepun yang semakin tua. Selain itu, gaya hidup penduduk turut berubah akibat kesan Covid-19.


Namun,kempen oleh kerajaan Jepun ini mendapat tentangan oleh sebilangan golongan yang beranggapan ini adalah satu langkah kurang bijak oleh sesebuah kerajaan.


Jelas beberapa individu, alkohol menyumbang kepada masalah sosial dan juga akan memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang.

Sumber: Edition CNN

bottom of page