top of page
  • admin

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin


KUALA LUMPUR 27 Mac: Pengerusi DAP Lim Guan Eng memfailkan saman terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kerana didakwa memfitnahnya sebanyak tiga kali secara berasingan sebelum dan selepas Lim didakwa atas tuduhan rasuah.


Guan Eng, 63, selaku plaintif memfailkan writ saman itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin melalui Tetuan Guok Partnership dengan menamakan bekas Perdana Menteri itu sebagai defendan tunggal.


sebelumini,bekas menteri kewangan menuntut permohonan maaf dan menarik balik kenyataan fitnah yang didakwa dibuat Muhyiddin melalui akaun Facebook dan Twitter serta akhbar utama dan portal.


Kenyataan Muhyiddin mendakwa Lim, menteri kewangan antara 2018 dan 2020, terlibat dalam dakwaan kerajaan terdahulu membatalkan status pengecualian cukai diberikan kepada pertubuhan amal Islam Yayasan Al-Bukhary.


Lim berkata, kenyataan Muhyiddin adalah tidak benar dan berniat jahat, dan menyebabkan dia malu, tertekan dan sakit hati.


Beliau berkata, kenyataan pertama itu diterbitkan pada 9 Mac, sejurus Muhyiddin dibebaskan daripada penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Masanya adalah disengajakan kerana Muhyiddin sedar bahawa perhatian media tertumpu kepada presiden Bersatu, kata pernyataan tuntutan Lim.


Lim berkata, kenyataan kedua yang didakwa berunsur fitnah, dibuat menerusi siaran media pada 11 Mac, mendakwa bahawa beliau mengenakan cukai ke atas Yayasan Al-Bukhary dan penalti 45% ke atas cukai yang perlu dibayar untuk tahun-tahun sebelumnya.


Beliau juga berkata, Muhyiddin mendakwa dalam temubual media selepas beliau menyampaikan ucapan penggulungan pada perhimpunan agung tahunan Bersatu pada 12 Mac bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berada di bawah bidang kuasa Lim ketika itu dan pembatalan pengecualian cukai mesti datang daripadanya.


Beliau berkata, ketiga-tiga kenyataan itu diterbitkan secara meluas oleh portal berita dan akhbar.


Lim berkata kenyataan itu, dalam maksud semula jadi dan biasa, bertujuan untuk menunjukkan beliau menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan membenarkan pengenaan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan.


Ia juga bertujuan menunjukkan beliau bersikap perkauman, anti-Melayu, anti-Islam dan seorang yang pendendam, dan bertindak dengan niat jahat.

.

bottom of page