top of page
Writer's pictureArissa Azman

Guru yang tidak vaksin diasingkan, tidak boleh mengajar – Menteri Kanan Pendidikan

15 September 2021

Mana-mana guru yang enggan unbtuk divaksin tanpa sebarang alasan kesihatan bakal diasingkan di kawasan khas di sekolah nanti.


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata mereka akan ditempatkan di satu kawasan daripada guru-guru lain yang sudah divaksin serta murid.


Katanya menerusi Berita Harian lagi, Kementerian Pedidikan (KPM) kini sedang meneliti tindakan susulan yang akan dikenakan ke atas guru-guru terbabit.


Tamba beliau lagi, bagaimanapun masih belum memuktamadkan sebarang jenis tindakan terhadap gutu terbabit.


“Menerusi rekod KPM, kira-kira 2,500 guru dikenal pasti enggan divaksinasi tanpa alasan kesihatan. Angka ini selepas kita tolak jumlah guru yang belum boleh divaksin atas alasan kesihatan.


“Secara umumnya, mereka (guru enggan divaksin tanpa alasan kesihatan) juga tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di kelas, selain perlu membuat tugasan yang akan ditentukan kemudian.“


Sebelum ini, Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat awal Oktober ini.


Biarpun ada pihak anggap bahawa pembukaan pada waktu tersebut tidak wajar, beliau tegaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan penelitian lanjut selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), lapor Astro Awani.



Comments


bottom of page