top of page
newsatmy

Hadi,menang tanpa bertanding presiden PAS

4 November

Datuk Seri Abdul Hadi dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mempertahankan jawatan Presiden PAS dan Timbalan Presiden selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti bagi sesi 2021-2023 pada Muktamar Tahunan Ke-67.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengumumkannya hari ini, Manakala tiga bagi jawatan Naib Presiden terdapat empat calon menawar diri untuk bersaing


Tiga penyandang Naib Presiden sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Manakala calon baharu adalah bekas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat , Dr Mohd Zuhdi Marzuki.


Difahamkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Menteri Besar Kedah menarik diri daripada bertanding .


Selain itu, seramai 36 calon akan merebut 18 jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat, dipetik laporan BH selepas sidang media Muktamar Tahunan PAS Ke-67.


Takiyuddin berkata, seramai 1,546 perwakilan akan mengambil bahagian pada muktamar kali ini, dengan 694 menyertainya di Kuala Terengganu, manakala baki secara hibrid di negeri masing-masing.


Beliau berkata, mereka yang menghadiri muktamar kali ini meliputi 197 Yang Dipertua (YDP) kawasan di seluruh negara serta perwakilan Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Muktamar Tahunan PAS Ke-67 dijadualkan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

Comments


bottom of page