top of page
  • newsatmy

“Hadiah dari suami” – Viral Pakai Jam Tangan RM1 Juta, TokTi Minta Tak Besarkan Cerita

17 NOVEMBER 2021

Penyanyi nombor satu Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza telah mencuri tumpuan ramai apabila beliau tampil bergaya ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) minggu lalu.


Penampilan luar biasa dari TokTi ini telah mendapat pujian dari rata-rata netizen di media sosial sehinggakan ada yang sampai tak kenal wanita bergaya disebalik pelitup muka itu.


“Malaslah benda-benda kecoh ni”


Bukan itu sahaja, netizen juga sempat mencari harga jam tangan bertali merah bertatahkan berlian yang dipakai TokTi ketika KLFW tersebut dan hasilnya dorang dapat tahu jam tersebut berharga RM1.1 juta. Peh!


Menerusi temubual bersama Melodi, TokTi telah memberikan respon mengenai jam mewah yang menjadi viral di kalangan netizen ini.


Menurut penyanyi ini, jam tersebut adalah merupakan hadiah dari suaminya Datuk K kerana lelaki tersebut suka membeli koleksi-koleksi jam.


Jam tu adalah hadiah dari suami saya dan saya pun tak pernah tanya Bie, berapa harga ni dan sebagainya. Apa yang suami hadiah alhamdulillah saya terima.


So bagi saya tiada apa sangat. Malaslah benda-benda kecoh ni tak payahlah kita besarkan. Biasa je.”


Manakala bercakap tentang beg tangan berjenama mewah yang dipakainya, TokTi mengatakan ia merupakan cadangan dari pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk dipadankan dengan busananya.


Memikirkan yang dia tak selalu beli barang, TokTi membuat keputusan untuk berbelanja sedikit selepas berkerja keras. Selain itu, beliau turut menegaskan yang dirinya bukanlah seorang kaki shopping.


Saya tak pandai matching-matching ni, so Rizman lah tolong. Dia kata ada satu beg cantik boleh match dengan baju Kak Siti dan saya fikir dah lama saya tak berbelanja untuk diri saya.


Kalau tanya suami pun, suami saya setuju saya bukan kaki shopping. Saya rasa dia beruntung dapat isteri macam saya.”

bottom of page