top of page
  • newsatmy

Halep tersingkir tenis Terbuka Madrid

5 Mei 2021

MADRID: Pemain nombor tiga dunia, Simona Halep tersingkir daripada saingan tenis Terbuka Madrid di sini, selepas tewas 4-6, 7-5, 7-5 kepada pemain Belgium, Elise Mertens pada peringkat kelompok 16 terbaik.


Pemain Romania itu yang menjuarai kejohanan berkenaan pada 2016 dan 2017, belum pernah mara ke final kempen Jelajah WTA musim ini dan kekalahan di peringkat awal di ibu negara Sepanyol itu yang adalah pertama sejak 2015 apabila tersingkir di pusingan pertama.


Pada peringkat suku akhir nanti, Mertens yang juga pilihan ke-13 kejohanan akan bertemu pasangannya dalam acara beregu, pemain Belarus, Aryna Sabalenka yang menyingkirkan pemain Amerika Syarikat, Jessica Pegula 6-1, 6-2 dalam tempoh 52 minit.


Dalam pada itu, pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty akan bertemu pilihan kesembilan kejohanan, Petra Kvitova pada aksi suku akhir manakala pilihan kelapan, Belinda Bencic berentap dengan pemain Sepanyol, Paula Badosa.


Satu lagi aksi suku akhir membabitkan pertemuan antara Anastasia Pavlyuchenkova dan Karolina Muchova, yang menundukkan Maria Sakkari 6-0, 6-7 (9/11), 7-5. Pavlyuchenkova pula menewaskan naib juara Terbuka Australia, Jennifer Brady 7-5, 6-7 (8/10), 6-3.

Keputusan:


Wanita - pusingan ketiga


Aryna Sabalenka (BLR x5) mn Jessica Pegula (USA) 6-1, 6-2


Elise Mertens (BEL x13) mn Simona Halep (ROM x3) 4-6, 7-5, 7-5


Anastasia Pavlyuchenkova (RUS) mn Jennifer Brady (USA x11) 7-5, 6-7 (8/10), 6-3


Karolina Muchova (CZE) mn Maria Sakkari (GRE x16) 6-0, 6-7 (9/11), 7-5


Lelaki - pusingan kedua


Dominic Thiem (AUT x3) mn Marcos Giron (USA) 6-1, 6-3


Alex de Minaur (AUS) mn Lloyd Harris (RSA) 6-2, 3-0 - tarik diri


Andrey Rublev (RUS x6) mn Tommy Paul (USA) 6-7 (5/7), 6-3, 6-4


Alexander Bublik (KAZ) mn Denis Shapovalov (CAN x11) 6-4, 5-7, 6-4


Matteo Berrettini (ITA x8) mn Fabio Fognini (ITA) 6-3, 6-4


Pusingan pertama -


Alexei Popyrin (AUS) mn Jan-Lennard Struff (GER) 6-3, 7-6 (7/4)


Jannik Sinner (ITA x14) mn Guido Pella (ARG) 6-2, 4-4 - tarik diri


John Millman (AUS) mn Hubert Hurkacz (POL x12) 5-7, 7-6 (9/7), 6-3


Kei Nishikori (JPN) mn Karen Khachanov (RUS) 6-7 (6/8), 6-2, 6-2


Roberto Bautista Agut (ESP x9) mn Marco Cecchinato (ITA) 6-2, 6-7 (3/7), 7-5


Casper Ruud (NOR) mn Felix Auger-Aliassime (CAN x15) 6-1, 6-4


Yoshihito Nishioka (JPN) mn Filip Krajinovic (SRB) 6-2, 6-4


Benoit Paire (FRA) mn Nikoloz Basilashvili (GEO) 6-4, 7-5


Albert Ramos-Vinolas (ESP) mn Taylor Fritz (USA) 7-5, 5-7, 6-4


Alejandro Davidovich Fokina (ESP) mn Pierre-Hugues Herbert (FRA) 6-7 (5/7), 7-6 (7/4), 7-6 (7/4)


-Berita Harian

bottom of page