top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

"Hampir 1000 individu telah kami bawa ke PPV" - Srikandi Johor

10 Julai 2021

Seketeriat JOHOR BERSATU Hadapi Covid-19 yang diketuai oleh YB Rasman Ithnain, Ir Khairul Fadlan, Dato Hjh Azlinda Abd Latif sejak bergerak pertengahan Mei lepas terus ke depan bersama masyarakat menghadapi pandemik Covid-19.


Pelbagai bentuk bakul makanan sudah pun sampai ke tangan yang memerlukan.


Seketeriat ini pada peringkat awal menumpukan bantuan membawa warga emas dan OKU yang memerlukan dari seluruh Johor untuk ke pusat vaksinisasi.


Hampir 1000 individu telah dibantu untuk dibawa ke pusat vaksinisasi dan di hantar dengan selamat.


Lebih 10,000 nama sudah dibantu untuk pendaftaran vaksin ke dalam MySejahtera seluruh negeri Johor.


Di Pontian program PPV Komuniti telah berjaya dilakukan dua kali dibawah YB Senator Dato Isa Ab Hamid dan pasukannya, dimana dalam "2 pilot projek" ini pasukan di Pontian mengumpulkan sekitar 200 nama warga emas, OKU dan golongan berisiko dengan kerjasama Pusat Kesihatan Daerah PPV dibuka sehari dan oleh kerana melibatkan warga emas maka semua 200 orang itu kita bawa dengan kenderaan dtg ke PPV.


Hari ini pilot projek ke dua di Benut, Pontian dan bermula minggu depan ia akan berjalan beberapa tempat sekitar Johor juga.


Selain itu dibawah Hjh Hazlinda, Ketua Srikandi Johor telah digerakkan 200 lebih sukarelawan untuk membantu pusat pusat PPV besar di Johor khususnya di PESADA, Johor Bahru.


Terbaru telah disiapkan untuk dimulakan pada Ahad, 18 Julai 2021 di mana PPV bergerak atas nama NGO Prihatin Johor menggunakan trak dan bas ke seluruh negeri Johor.


Program kempen kesedaran melalui risalah, banner dan alat siraya di kenderaan terus berjalan dari masa ke semasa bagi memastikan masyarakat sentiasa cakna bagi hadapi Covid 19.


Seperti pengumuman 23 Mei 2021 lalu oleh Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad selaku Pengarah Pilihanraya BERSATU Johor yang menyatakan seluruh kekuatan jentera parti BERSATU di Johor termasuk persiapan jentera pilihanraya telah difokuskan bagi bersama masyarakat hadapi covid 19.


Keutamaan kita ialah nyawa dan keselamatan rakyat dan semua kekuatan harus disatukan bagi hadapi PERANG COVID 19 ini.


Tahniah dan terima kasih atas semua usaha dan komitmen semua jentera BERSATU Johor di segenap peringkat dalam usaha ini.


Kepada jururawat berdaftar atau doktor yang berminat untuk turut mahu menyumbang sebagai sukarelawan boleh terus whats app www.wasap.my/60135800016


Cabaran ini, Cabaran kita.




Che'gu Bard.



--PN Online

bottom of page