top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Hampir 99% kes positif Covid-19 semalam tak bergejala & hanya bergejala ringan

19 Ogos 2021

Sebelum ini, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) telah mengeluarkan kenyataan mengatakan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 telah pun berkurangan sejak seminggu yang lalu.


Kenyataan ini dikuatkan lagi semalam apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan sebanyak 98.4 peratus atau 19,326 daripada 19,631 kes positif baharu yang dilaporkan semalam merupakan kes dari kategori satu dan dua iaitu golongan yang tak bergejala dan bergejala ringan.


Manakala hanya 1.6 peratus atau 305 kes dari jumlah keseluruhan berada dalam kategori tiga, empat dan lima, lapor Harian Metro.


Secara keseluruhan, sebanyak 16,638 kes (84.75 peratus) daripada jumlah kes dilapor hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi Covid-19.


“Dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, sekali gus mengurangkan jangkitan Covid-19 dalam negara terutamanya kes kategori tiga hingga lima.”


Selain itu, menerusi Twitter rasminya juga, Dr Hisham turut menjamin keberkesanan vaksin terhadap varian Delta yang sedang menular sekarang.



Rakyat yang melihat perkembangan positif ini turut tumpang gembira serta mengharapkan Malaysia akan terus pulih dari pandemik Covid-19 ini.




--PN Online

bottom of page