top of page
  • newsatmy

Hamzah Zainudin rasmi mesyuarat tahunan Bersatu Larut

28 November

LARUT-Datuk Seri Hamzah Zainudin telah merasmikan persidangan Tahunan Parti Pribumi BERSATU Malaysia Bahagian Larut Tahun 2021 semalam.


"Tahniah saya ucapkan kepada kepimpinan Bahagian, Srikandi dan Armada yang telah selesai melaksanakan tanggungjawab terhadap parti.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang hadir dan terlibat dalam penganjuran persidangan tersebut. Kehadiran anda membuktikan keyakinan kukuh dalam kalangan akar umbi terhadap hala tuju serta aspirasi parti" jelas beliau,


Dalam ucapan perasmian beliau berharap bahawa ahli Bersatu kekal istiqamah dan ikhlas bersama dalam memperjuang kepentingan agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Selain itu, beliau mengingatkan agar tingkatkan gerak kerja untuk mendekati rakyat, membawa nama baik parti dan mengajak mereka untuk bersama kita untuk menentukan masa hadapan yang lebih baik.


"Semoga usaha kita dirahmati dan diberkati Allah SWT. Bersatu untuk Malaysia."tambah beliau.

bottom of page