top of page
  • cik skod

‘Handrail’ Eskalator Tercabut Di Stesen MRT


Perkhidmatan pengangkutan awam dilihat semakin ke arah yang lebih positif, terutama sekali bagi penduduk di Lembah Klang.


Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan susur tangan (handrail) eskalator yang longgar dan tercabut mengejutkan beberapa orang penggunanya, insiden itu dipercayai berlaku di MRT Muzium Negara.


Perkongsian oleh pengguna Twitter @zulfadhlizahir memuat naik video dan gambar yang menunjukkan penutup getah itu terangkat dari susur tangan ketika eskalator sedang berjalan dan digunakan.


Beberapa penumpang yang menggunakan eskalator tersebut kelihatan cemas apabila melihat kerosakan yang berlaku itu.


Pun begitu, dalam masa beberapa jam pihak MRT dan Rapid KL telah menghubungi pengguna Twitter tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana memaklumkan mereka tentang isu berkenaan.


Mereka telah mengajukan perkara itu kepada pengendali untuk menyelesaikan isu tersebut dan pihak Rapid KL memberitahu keadaan eskalator itu telah kembali seperti biasa pada hari yang sama.


Ramai netizen yang memuji ketangkasan pihak MRT dan Rapid KL bagi menyelesaikan isu tersebut, ramai juga yang berterima kasih kepada kedua-dua pihak itu kerana mementingkan keselamatan pengguna.


bottom of page