top of page
  • cik skod

Handsock Billie Eilish pakai masa konsert dijual RM4,800!


Pada Khamis lalu, konsert Billie Eilish telah berlangsung meriah di Stadium Nasional Bukit Jalil dan pastinya meninggalkan memori manis buat para penonton yang datang.


Terbaharu, tular di media sosial tangkap layar di sebuah platform menjual barangan terpakai yang ‘claim’ memiliki botol air dan juga handsocks milik Billie Eilish. Menerusi description, barangan tersebut didapati ketika konsert dimana mereka mendapatkannya dengan bantuan krew konsert.


Apa yang mengejutkan adalah harga barangan yang dikatakan milik Billie Eilish tersebut dijual dengan harga yang agak mahal iaitu RM4,800 untuk handsock.Penjual memberitahu handcock itu adalah yang asli dipakai oleh Billie dan ditinggalkan di bilik persalinan.


Namun,rata-rata netizen tidak percaya bahawa barangan tersebut adalah milik Billie Eilish ketika konsert


Netizen turut berasa pelik kerana tidak mungkin begitu mudah untuk mendapatkan barang-barang tersebut walaupun menggunakan ‘bantuan’ daripada krew. Malah, rata-rata netizen juga mengatakan ia sesuatu yang merepek dan harganya dilihat terlalu melampau.


Mungkin,penjual tersebut cuba meraih untung untuk mendapatkan balik modal membeli tiket konset .

bottom of page