top of page
  • newsatmy

Harga Sawit Naik: Senyuman Buat Pekebun Sawit Kecil

22 Mei 2021

PONTIAN: HARGA minyak sawit mentah (MSM) melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah industri sawit negara kepada RM4,247.50 setiap tan pada Isnin berbanding Khamis lalu pada paras RM4,193 setiap tan, tertinggi sejak 20 tahun lalu.


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kesannya, harga Buah Tandan Segar (BTS) di Semenanjung melepasi paras RM900 setiap tan sedangkan harganya setahun lalu hanya sekitar RM300 sahaja.


Ini tentunya berita baik buat semua pemain industri termasuk para peneroka dan pekebun-pekebun kecil sawit di seluruh negara. Orang kampung kebanyakannya pekebun kecil sawit persendirian merasa sangat seronok dengan situasi semasa ini. Ianya rezeki daripada Allah yang perlu sama-sama kita syukuri!


Kenikmatan ini juga turut dirasai oleh seorang pekebun kecil di Daerah Pontian, Johor, Encik Mazlan bin Dugal bersama isterinya, Puan Lina Binti Mahmud.


Ketika ditanya apakah perasaan beliau apabila harga sawit semakin meningkat, suami isteri itu berkata mereka amat berterima kasih dan bersyukur dengan barisan kepimpinan kerajaan PN dengan berkat harga sawit yang melonjak sebanyak RM780 untuk satu tan daripada tahun tahun sebelumnya.


Beliau turut berkongsi untung bersih untuk satu tan sawit apabila sudah ditolak baja, perkerja dan sebagainya.


“Untuk satu tan, kalau ikutkan satu tan bersamaan RM780, jadi bila sudah ditolak harga baja, gaji pekerja dan sebagainya, saya dapat dalam 300-400”


“Alhamdulillah, sepanjang 20 tahun saya menjadi pekebun kecil, tiada masalah yang besar la yang saya hadapi setakat ni. Cuma harga sahaja lah, kadang cantik, kadang tak cantik. Tapi sekarang, Alhamdulillah cantik” Kata beliau dan isterinya



bottom of page