top of page
  • zaman

Hari mengundi akan diketahui hari ini - SPR


PUTRAJAYA, 20 Okt- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan hari penamaan calon dan hari pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), tengah hari ini. Tarikh itu akan diumumkan SPR selepas suruhanjaya berkenaan selesai mengadakan mesyuarat khas pada pukul 10 pagi di Putrajaya. Mesyuarat itu dijangka dipengerusikan, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, sebelum sidang media dijadual diadakan pada jam 12 tengah hari.


Mesyuarat khas diadakan susulan pembubaran pada 10 Oktober lalu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memberi laluan kepada PRU15 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Selain hari penamaan calon dan pengundian, mesyuarat khas itu turut akan membincangkan mengenai tarikh writ pilihan raya, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain, bagi berhadapan dengan PRU-15. SPR juga akan mengumumkan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, yang dijangka diadakan serentak dengan PRU15. Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan. Malaysia mempunyai sejumlah 222 kerusi Parlimen yang akan dipertanding pada PRU-15 kali ini.

bottom of page