top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Hari Merdeka-Selain isu sampah,DBKL rugi RM700,000 pokok lanskap musnah


DUA tahun tanpa perarakan sambutan Hari Kebangsaan. Kehadiran lebih 100,000 rakyat Malaysia di Dataran Merdeka tahun ini membuktikan mereka sememangnya dahagakan kemeriahan sambutan tersebut.i.


Namun, dalam kemeriahan menyambut hari kemerdekaan itu, ada perkara yang kita masih tidak merdeka.


Antaranya.Isu kebersihan sering jadi topik utama setiap kali ada penganjuran aktiviti berskala besar, tidak terkecuali sambutan Hari Kebangsaan.



Tidak hanya itu, tumbuhan renek yang menghiasi lokasi perarakan turut menjadi mangsa keghairahan orang ramai. Tumbuhan landskap yang ditanam di tepi pagar menyembah bumi akibat dipijak pengunjung.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, berkata kerosakan itu disebabkan kehadiran luar biasa pengunjung pada sambutan terbabit yang turut mengundang kesesakan teruk di sekitar ibu negara.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerugian RM700,000 selepas pokok yang ditanam sebagai landskap di sekitar ibu negara rosak dipijak pengunjung ketika perarakan sempena Hari Kemerdekaan ke-65 Rabu lalu.


Rakyat di negara ini perlu memupuk sikap tanggungjawab dalam soal memelihara harta benda awam termasuk landskap dan fasiliti awam.

Terdahulu, tular beberapa foto di media sosial mengenai kesan kerosakan pada landskap selepas dipijak pengunjung yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 di ibu negara.



bottom of page