top of page
cik skod

Hari Sukan Negara (HSN2022) sasar penglibatan 4.5 juta Keluarga Malaysia


PUTRAJAYA, 8 Okt- Hari Sukan Negara (HSN2022) menyasarkan penglibatan 4.5 juta Keluarga Malaysia dalam aktiviti sukan dengan pelaksanaan secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi. Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa komited membangunkan industri sukan menerusi pelbagai pakej bantuan prihatin, agar pemain industri dalam bidang sukan dapat terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.


"Strategi yang digunakan untuk pelaksanaan HSN2022 adalah, yang pertama, pelaksanaan HSN2022 akan dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi, yang kedua, kerjasama strategik dengan pemegang taruh dan rentas kementerian/agensi bagi menganjurkan aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan," katanya. Strategi ketiga pula membabitkan golongan profesional, pempengaruh sosial, pemain industri sukan, atlet dan ikon sukan, untuk menarik penglibatan rakyat dalam aktiviti yang dianjurkan. Seterusnya yang keempat, perintis kepada semua pemain industri sukan perlu menonjolkan peranan dan fungsi masing-masing kepada masyarakat. Perdana Menteri turut menyeru semua pihak menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan dengan sasaran sekurang-kurangnya dua per tiga rakyat bersenam dan aktif bersukan, minimum lima sesi seminggu dan 30 minit setiap sesi.

Comments


bottom of page