top of page
  • Farah

Harimau Malaya atur dua lagi pertemuan Jun depan

30 Mac

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) terus mencongak langkah buat Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Asia 2023 menerusi dua lagi perlawanan persahabatan antarabangsa Jun depan.


Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman mengesahkan, anak buah Kim Pan-gon itu akan beradu kekuatan dengan Kepulauan Solomon yang kini berada di ranking-136 dunia dan pasukan ke-154 dunia, Yaman.


"Kami akan bersiap sedia untuk perlawanan Tier 1 yang kedua dengan Kepulauan Soloman dan Yaman. "Tempat kami belum putuskan lagi adakah kami akan buat di Johor, Terengganu dan Pulau Pinang selain persiapan Pesta Bola Merdeka pada Oktober depan," katanya di Wisma FAM pada Rabu.


FAM juga dalam perancangan mendapatkan pasukan jauh lebih ampuh seperti Jepun, China dan Uzbekistan bagi memenuhi kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada September depan.


Apa pun, badan induk itu menzahirkan penghargaan kepada pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas kurniaan penggunaan fasiliti latihan yang terbaik di negara ini hingga membantu kecemerlangan skuad kebangsaan.


"Tunku Ismail sentiasa mengambil berat pasukan kebangsaan.


"Stadium Sultan Ibrahim adalah salah satu penyumbang kejayaan skuad negara termasuk barisan kejurulatihan dan pemain untuk mencatat dua kemenangan baru-baru ini," katanbya lagi.

* Artikel asal disiarkan di Stadium Astro.

Comments


bottom of page