• newsatmy

Harimau Selatan akan "telan" KL-City FC-Mora

30 November

KUALA LUMPUR: Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) FC berazam memberi persembahan terbaik demi memastikan mereka mencipta kemenangan serta membawa pulang trofi Piala Malaysia pada aksi final menentang Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.


Ketua jurulatih JDTFC, Benjamin Mora berkata sebagai juara bertahan, JDT akan memastikan identiti pasukan yang sentiasa dahagakan kemenangan dan bermain dengan taktik agresif dan menyerang dalam pertembungan malam ini.


"Anda boleh menjangkakan cara JDT bermain, kami tidak akan berdiam diri untuk menunggu spekulasi dan melihat apa akan berlaku dalam perlawanan ini. Kami akan melakukannya, kami akan 'telan' lawan kami dan kami akan menjaringkan gol.