top of page
newsatmy

Hattan tak suka cara Ibu Hetty tegur peserta GV

23 Januari 2022

Lantang dalam menyuarakan pandangan tentang kandungan program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) baru-baru ini, penyanyi Hattan anggap ia bukan satu kesalahan.


Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, juri tetap Hetty Koes Endang tidak sepatutnya menjatuhkan maruah peserta yang bertanding demi menaikkan rating program itu.


Beliau beranggapan sahabat-sahabatnya itu bukanlah seseorang yang baru memulakan kerjaya sebagai penyanyi serta kebanyakkannya adalah nama besar dalam industri.


Jangan nak jatuhkan maruah peserta hanya kerana content televisyen. Dia boleh saja tegur belakang pentas.


Sebelum ini, Hattan ada saja menyuarakan bahawa dirinya tidak gemar dengan tindakan Hetty mengajar tentang teknik nyanyian ketika program itu sedang berlangsung.


Tambahan beliau, tidak salah untuk berkongsi ilmu bersama-sama tetapi pentas bukanlah tempat yang sesuai untuk juri tersebut melakukannya memandangkan program itu adalah siaran langsung.


Dalam pada itu, penyanyi veteran ini juga tidak mengambil peduli jika ada pihak mengecamnya kerana menyuarakan pandangannya ini.


Sekadar info, Hattan ditemui oleh pihak mStar semasa majlis pelancaran program Mic On! musim kedua di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Comments


bottom of page