top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

“Hilang Konsentrasi” punca kalah kepada Viatnam – Cheng Hoe

13 DIsember 2021


Vietnam mengekalkan rekod tujuh tahun tanpa kalah bertemu skuad bola sepak kebangsaan apabila berhasil meraih kemenangan ke atas Malaysia pada perlawanan peringkat Kumpulan B dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020, sebentar tadi.


Skuad Naga Emas yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Republik Korea, Park Hang-seo meraih kemenangan hasil jaringan Nguyen Quang Hai dan Nguyen Cong Phuong pada minit ke-32 dan ke-36 masing-masing.


Kali terakhir Malaysia meraih kemenangan ke atas Vietnam adalah ketika peringkat separuh akhir pertama (11 Disember) pada kempen Piala AFF 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit dan selama tempoh tujuh tahun, Malaysia tumpas semua perlawanan kecuali pada perlawanan akhir timbal balik pertama pada kempen Piala AFF 2018 dimana Harimau Malaya berjaya mengikat Vietnam dengan keputusan 2-2.


Dalam temubual selepas perlawanan, jurulatih berusia 53 tahun ini menjelaskan ketiadaan ketua pasukan, Aidil Zafuan Abdul Razak selepas dikeluarkan pada awal permainan akibat kecederaan menjadi penyebab kepada kelonggaran bahagian pertahanan.

Selain itu, kecederaan beberapa pemain lain pada babak kedua memburukan lagi keadaan, sehingga menyebabkan pasukan negara gagal untuk mengimbangi corak permainan pantas yang dipamerkan oleh skuad kendalian Park Hang Seo itu.


"Anak buah kami kehilangan konsentrasi, tetapi pada separuh masa kedua kita dapat sekurang-kurangnya mengimbangi permainan Vietnam.Shahrul Saad juga terpaksa dikeluarkan kerana cedera menyebabkan barisan pertahanan semakin longgar dan membuatkan kita tidak dapat mengekalkan momentum di bahagian serangan.” jelas Cheng Hoe.


“Masih ada seminggu lagi untuk persiapan,Diharapkan kedua-dua pertahanan ini dapat pulih sebelum bertemu Indonesia.kami akan bekerja keras untuk pastikan betul-betul bersedia untuk menentang Indonesia nanti." tambah Cheng Hoe ketika ditanya mengenai perancangannya jika Aidil dan Shahrul terpaksa berehat panjang dan tidak dapat diturunkan untuk perlawanan terakhir kumpulan menentang Indonesia


Walaupun tewas,Malaysia masih berpeluang mara ke peringkat separuh akhir kerana masih mempunyai baki satu perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia pada 19 Disember ini

bottom of page