• newsatmy

Hina Agong: Pas Kelantan gesa tindakan tegas

1 Jun 2021

KOTA BHARU - Pas Kelantan menggesa tindakan tegas diambil terhadap individu menghina Yang di-Pertuan Agong yang didakwa mengaitkan institusi raja dengan kancah politik.


Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, tindakan mengheret raja dalam kancah politik merupakan satu kesalahan dan tidak boleh diulang.


“Berpolitik, berpolitik juga, ada adab yang perlu dijaga.


“Institusi raja dan Yang di-Pertuan Agong adalah tonggak negara, jangan libatkan dengan politik dan menghina Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita di Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) di sini pada Isnin.


Ujar beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, lebih dikesali tindakan itu didakwa membabitkan Melayu.


“Orang Melayu sendiri dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong dan ajak rakyat marah kepada institusi raja.


“Ini memberi contoh yang tidak baik kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam kerana raja-raja Melayu adalah untuk semua rakyat di Malaysia,” katanya.


Sebelum itu, tular rakaman video memaparkan pemilik akaun Iswardy Morni yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.


-Sinar Harian