• Arissa

Hospital Medan ATM Sedia 64 Katil Pesakit Covid-19 di Johor

15 Jun 2021

JOHOR BAHRU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membina dan membuka hospital medan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bagi membantu merawat pesakit COVID-19.


Hospital ini merupakan hospital medan yang keenam dan dijangka beroperasi pada 17 Jun ini.

Kompleks hospital Medan dibina ini secara hibrid dan terdiri daripada khemah rawatan Covid-19 bagi pesakit kategori 3 dan 4 yang mampu memuatkan 60 pesakit Covid-19, serta sebuah kontena bilik perawatan ICU yang mampu memuatkan 6 pesakit pada sesuatu masa.


Kementerian Pertahanan akan terus komited memberi kerjasama kepada KKM dari semua segi dalam memastikan kerajaan dapat melandaikan penularan wabak COVID-19 ini.




--PN Online