top of page
  • zaman

Hujan lebat, terowong SMART ditutup


KUALA LUMPUR,12 OKT: Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan terowong Lebuh raya SMART di ibu negara ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi melencongkan air banjir, pagi ini. Ini berikutan paras air di beberapa sungai sekitar ibu negara melepasi tahap bahaya, amaran dan berjaga-jaga berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.


Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi media sosial mengeluarkan pemakluman mengenai penutupan terowong sepanjang 9.7 kilometer itu sekitar jam 7.18 pagi.


Mengikut pemakluman itu, terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir.


Menerusi pemakluman itu, SMART memaklumkan operasi terowong bawah tanah itu kini mengaktifkan Mod 3, iaitu terowong trafik ditutup dan dikosongkan daripada kenderaan, manakala air banjir dialirkan di bahagian bawah terowong.


Terowong SMART memiliki empat mod operasi, dengan Mod 4 adalah yang tertinggi dan akan diaktifkan sekiranya air banjir perlu dialirkan ke laluan trafik.


Bagaimanapun, air Sungai Klang/Sungai Ampang kembali kepada Mod 1 pada jam 9.30 pagi dengan jumlah kadar air yang dilecongkan adalah sebanyak 1,743,923 meter kubik (m3).

Sebuan van sekolah ditimpa pokok tumbang di Jalan Pangkor, Kuala Lumpur – Gambar FB DBKL


Portal Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula maklumkan paras air Sungai Gombak di Jalan Tun Razak melepasi tahap bahaya dengan bacaan 31 meter pada jam 8 pagi tadi.


Paras air Sungai Klang pula melepasi tahap amaran di Jambatan Tun Perak dengan bacaan 29 meter, manakala paras air sungai itu di Leboh Pasar melepasi tahap berjaga-jaga (28 meter).


Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, melawat beberapa kawasan sekitar Jalan Rahmat dan berhampiran Lebuh Raya Sultan Iskandar untuk melihat situasi di sana.


Beliau bersama-sama kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut melakukan kerja melancarkan aliran air di jalan raya ke parit berhampiran.


Datuk Bandar Kuala Lumpur juga bergegas ke Jalan Pangkor bagi melihat kejadian pokok tumbang yang menimpa sebuah van sekolah akibat hujan lebat pada pagi ini

bottom of page