top of page
  • newsatmy

“Ibu mesti bangga dengan Uwais”- Shuib

26 Disember 2021

Uwais Al-Qarni, anak sulung kepada pelawak Shuib dan penyanyi allahyarham Siti Sarah Raisuddin telah menjadi juara pada Kejohanan Golf Terbuka Junior, Kategori 10 Tahun anjuran Palm Resort.


Sepanjang kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu, Uwais ditemani bapa serta datuknya Raisuddin Hamzah.


Alhamdulillah, champion untuk kategori 10 tahun! Tahniah Wais! Percaya daddy, Ibu pasti sangat-sangat bangga.


Bangga dengan kejayaan Uwais, Shuib telah berkongsi momen gembira tersebut menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram miliknya.


Menerusi perkongsian tersebut, Shuib memaklumkan yang isterinya pasti gembira dengan kejayaan dicapai Uwais kerana arwah yang mahu anak sulungnya menjadi pemain golf profesional.


Dalam pada itu, Shuib sempat juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada bapa mertuanya kerana selalu membawa Uwais ke padang golf untuk berlatih.


"I Love you so much champ! Daddy akan buat sehabis baik untuk Uwais selagi daddy bernyawa! U ARE MY CHAMPION!!!"


Sekadar info, kecenderungan Uwais dalam sukan golf mula dikesan Shuib dan Siti Sarah sejak anak sulung mereka itu masih kecil.


Malah, allahyarham Siti Sarah sendiri pernah berkongsi sebuah hantaran IG menyatakan Uwais sudah mula mengikut jejak langkah Shuib dan Raisuddin ke padang golf.

bottom of page